Friday, May 3, 2019

NEW HOBBY DEFINITELY NOT MAKE UP BUT CONSIDERING IT LATER..😀

Aku dah ada hobi baru iaitu EDIT GAMBAR bagi Nampak nice...hahahaha nanti aku buat koleksi. Ni salah satu cara aku nak isi masa lapang.. Sebenarnya aku belajar edit gambar ni sebab mana tau aku boleh produce satu apps pasal game la (target aku) di masa akan dating. Buat masa ni, kita main2 dulu. Target aku, satu bulan, satu gambar aku nak edit sampai GEMPAK and puas hati dengan hasil dia. Semoga apa yang aku buat dan usahakan dapat hasilnya...Aminn
Finally the question has its answer!!

Family aku dah okay dengan keputusan aku untuk extend. Cuma yelah diorg risau kalua aku tak boleh survive sorang2 kat sini..Even mak aku pun suruh batalkan je projek tu..tak payah buat..hahahahah..aku cuma mampu gelak je..sebab kalua aku tak habiskan FYP, macam mana aku nak dapatkan sijil ijazah sarjana muda aku nanti??

So... the answer for i'm extending or not is definitely YES!!

Friday, February 1, 2019

Hai..aku xde apa nak cakap..huhu

Extend semester, yes or no?

Hai...Assalamualaikum semua yang baca blog aku..Untuk pengetahuan korang, aku menghadapi masalah sama ada aku nak extend untuk buat FYP aku atau aku nak habiskan terus masa sem terakhir ni. Aku ambil program kimia sumber dan tempoh pengajian aku 3 tahun. First year degree aku mulakan dengan pointer yang agak memberangsangkan. So masa aku semester kedua tahun pertama tu, aku mula berjinak-jinak dengan dunia persatuan. Pada mulanya aku agak cuak sebab aku ni jenis yang introvert sikit. Lagi2 bila dengan lelaki. Maklumlah aku dulu sekolah dekat sekolah yang menjaga ikhtilat sungguh, bercinta jauh sekali lah.. Tapi pernah je aku bercinta masa aku form 4, sayangnya kantoi dengan rumet aku sendiri..hahahaah..lepas tu kompem la kena brainwash..huhuh..
Okay2 lari topik dah ni..
Sambung, semenjak aku masuk persatuan, seriously aku cakap pointer aku asyik jatuh, dan akhirnya, pointer aku berada di tahap paling kritikal iaitu bawah 3.0. Academic advisor aku of course akan nasihatkan aku yang grad dengan pointer bawah 3.0 ni memang akan susah nak dapat kerja. So, dunia aku dengan persatuan berakhir waktu aku semester pertama tahun ketiga.. Lama kan? Hahahaha..Entah kenapa aku sayang sangat persatuan fakulti aku nih..Aku nak extend bukannya apa, aku nak fokus terhadap satu2 benda, especially FYP aku. FYP 1, 3 jam kredit, FYP 2, 5 jam kredit. Bukan biasa2. 
Plus, aku tak suka belajar dalam keadaan terpaksa, nak cepat habis, terseksa, aku x nak semua tu. Aku nak enjoy setiap course yang aku amek. Bila aku enjoy, apa yang aku belajar, aku senang nak ingat. Sapa lagi macam aku..? I bet mesti ada yang jenis belajar sebab dia nak belajar, dia rasa diri dia kosong. Ada je kawan aku belajar semua smooth, maksud aku xde subjek yang dia fail. Aku rasa la. Tapi dia cakap kat aku, lepas habis belajar ni, dia x nak kerja dengan bidang yang berkaitan kimia nih sebab dia x nak. Weyh, bayangkan 3 tahun dia belajar benda yang dia x suka. Sumpah aku xleh nak imagine. Tapi FYP dia dapat A-. x macam aku , failed terus. Entahlah semua yang berlaku masa semester lepas buat aku rasa nak extend. Tapi housemate aku nasihatkan aku jangan la extend. Habiskan je FYP 1 dengan FYP 2 dalam semester terakhir ni. 
Dia suggest macam tu sebab dia rasa aku bole buat, aku pandai bukannya x pandai. Tapi, sumpah aku cakap subjek yang aku amek untuk third year ni memang susah giler. Dengan ada field trip sekali. Sumpah mental aku x ready. Diorang risau aku xde tempat tinggal nanti, pastu duit nak bayar semester, duit nak bayar subjek yang aku fail, semua tu lah diorang risaukan aku. Tapi aku rilek je. Seolah olah aku macam tak takut.. Hahahah..Aku perempuan kot. Kalau lelaki tu boleh kira lagi la. Sejujurnya aku memang dah biasa berjauhan dengan mak ayah aku. 
Masa aku form 1 aku dah tercampak dekat hujung pantai timur which is Besut. Bayangkan aku baru 13 tahun masa tu, and rumah aku kat Melaka. Dah tu, aku sorang je perempuan yang stay kat melaka dalam batch aku. Kau rasa, masa cuti semester tu, aku balik ramai2?.. Of course aku balik sorg2 naik bas. Tapi, bila fikir balik2, aku stay asrama, so of course ada tempat tinggal.Sekarang ni aku kena cari sendiri tempat tinggal. Itu yang menjadi punca kerisauan. 
Bukan tu je, diorang risaukan pasal emosi aku nanti. Macam mana aku nak hadap semester yang akan datang tanpa kawan2 aku. Sejujurnya aku sedih jugak sebab x dapat graduate on time macam housemate2 aku. Tapi aku fikir balik, bukan semua orang jalan hidup dia kena sama..Mungkin Allah nak uji aku, nak tengok aku boleh tak harungi semester aku yang akan datang tanpa kawan2 aku. Jauh di sudut hati aku, aku dapat rasakan yang aku akan dapat kerja kat sekitar Kota Samarahan ni and dapat duduk dekat Kolej Rafflesia which is salah satu kolej UniMAS yang dibuat di luar kawasan universiti. So, kalau aku mohon Rafflesia, dapat stay situ, senang la aku nak keja nnti.
 Plus, UniMAS ni bukannya dekat dalam ceruk kampung pun. Tempat dia macam dinamik la jugak, shopping mall banyak, macam dekat kawasan pekan la jugak. Entahla, buat masa ni, aku rasa nak kena bincang dengan family aku dulu. Aku rasa diorg memang okay je kalau aku nak extend. Sebab diorg tau aku macam mana. Aku walaupun anak bongsu, tapi hati aku kental, semangat aku kuat, cehhh..sedapkan hati nampak..hahahha. Seriously, aku memang hidup berdikari semenjak aku form 1. Okay la, apa apa keputusan nanti aku update.